Malam 19.

Malam tadi, aku nampak bintang. Tak terkira bilangannya. Titik air mata aku jatuh satu persatu, seolah tak tertanggung keindahan yang Allah beri. 

Aku fikir, ini hadiah paling bermakna. Terima kasih Allah. 

Syukur, masih berpijak pada bumi yang nyata. Moga aku kuat lagi untuk hadapi dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. 

"Alhamdulillah kau selamat dilahirkan di bumi."
"Azan kan aku"
"Allahuakbar Allahuakbar!"

Bestfriend-- 

Aku masih tak boleh lupa pada bintang tadi. Cantik. 


Life di U.

Hi, assalamualaikum semua!! 

Wow lamanya tak sentuh benda ni. Hi, korang sihat? Aku baik baik saja. Seingat aku last aku update blog masa aku berada di kelas csc masa mula mula masuk belajar dulu, i guess dlm bulan 6 macam tu kot? Dan sekarang dah bulan 11? Haha. Sebenarnya aku ada banyak sangat cerita nak share dengan korang, tapi aku slow slow dulu lah. Aku tak tahu lah kenapa malas sangat nak update blog before ni. Ok lah punca dia mungkin sebab laptop aku tak berapa elok, dan gambar susah nak bawa masuk. Tapi ok je sebenarnya, malas tu penting. Haha.


Kau tahu, masa aku mula mula masuk U, aku sangat takut. Takut aku ada banyak cabang, antaranya, faktor kawan, faktor suasana baru, dan berdikari. Aku jujur aku takut sangat, tapi parents aku cakap, "buat apa nak takut, nak pergi belajar kan, bukan nak pergi masuk hutan." Masa mula mula aku masuk, muka parents aku sangat excited, nampak lah seri di wajah mereka. Paling kelakar bila kitorang pergi melaka awal sehari, tidur dekat hotel yang macam apartment tu, macam seram je bilik tu. Sumpah aku takut. Ok dipendekkan cerita aku dapat kolej Tun Hasan which is kolej yang agak baru di UITM Lendu tersebut. Aku pelik tau, bila aku cakap aku masuk UITM Lendu, semua macam "ee hantu!" "jaga jaga tyah, nanti kena kacau." "tatayok, tempat keras" sampai satu masa aku rasa nak tutup mulut semua orang. Tempat tu okay je lah, alhamdulillah. Setakat ni aku hidup dalam keadaan yang gembira lagi tenang. Aku cuma amalkan pasang ayat ayat suci Al Quran bila nak tidur. Lena. So, don't easily judge sesuatu tempat kalau tak pernah hadapinya ok? Hihi. 

Masa first day kelas aku, aku naik bas. Sebab fakulti aku sangat jauh dan "tinggi." Tinggi bermaksud atas bukit grr. Jauh gila, kalau kau terlepas bas kau kena jalan kaki like wdf hahahaha. So masa aku naik bas po the pes time tu aku ter nak pergi dekat seorang minah ni berbaju biru, bertudung biru. Aku duduk dekat kerusi yang dia dah duduk, maksudnya aku duduk sebelah dia sebab bas dah PENUH kbye. So aku cakap kat dia dan soalan yang pertama aku keluarkan ialah "Amek kos apa?" Dia pun jawab, "masscomm, you?" "Oh, samalah! Kelas apa?" "Kelas E" "Eh sama ahhh! Kita gi sama sama tau, takut ah serious ya Allah jumpa gak kawan" Lebih kurang gitu lah excited aku depan dia bila jumpa geng. Oh nama dia, Ernie Qistina & from that day, she's my bestfriend dekat Lendu. Alhamdulillah, Allah bagi aku orang yang baik baik kat sana. 

sama? ha'ah, semua cakap macam tu.

Cerita pasal orang baik, aku lupa nak cerita kat korang pasal roommates aku! Hahaha. How can i forget them kan astaghfirullah. Ok lah, bilik aku ditetapkan untuk duduk 3 orang. Roommates aku yang dua orang tu bernama Alina Arnani dan Fatin Aslyna. Ini lah manusia yang tahu baik buruk aku dalam bilik, yang terima aku seadanya, yang layan kerenah manja aku, yang sanggup teman pergi toilet pukul 2 3 pagi, 5 6 pagi pun pernah tau. Kekadang, siang pun diorang teman jugak. Mandi pun kena teman okay? This girls can't leave me alone, aku tak benarkan haha. Aku bukan penakut, cuma tak berani. Yela, dengan cerita cerita syko korang pasal UITM Lendu tu. Jahat tahuk, tak baik! Rindu nya dekat Nina dengan Nana. Kalau korang baca ni, aku nak cakap terima kasih banyak banyak untuk semua. Sudi masakkan aku maggi, masakkan air, buatkan aku roti coklat, tolong belikan itu ini, happykan aku bila aku sedih, support aku bila aku ada speech pada keesokkan harinya, study sama sama. Sayang korang sangat sangat tau! Eeeee rindu! Tyalinana. x


Ok kalini aku nak cerita pula pasal classmates aku! Yeah, MMC1101E, dan bakal MMC1102E. Alhamdulillah kami berjaya menghadapi satu sem ni sama sama, dan berjaya sama sama. Kau tahu, classmates aku ni lah yang paling aku sayang kat UITM Lendu selepas roommates aku. Sebab diorang sangat supportive! Suka, selalu sokong each other. Nak nak lagi kalau ada presentation. Kitorang mesti focus kat sorang sorang yang tgh buat presentation supaya markah yang dia peroleh tinggi! Class rep kami bernama Amirul Aiman. Dia ni lah yang tertua dan terpandai dalam kelas kami ni. Tapi, yang lain pandai pandai jua. Masing masing tengah bersaing secara sihat. Kitorang kalau ada game, nak nak lagi kalau kelas BEL, hah suka sangat. Berdebat la, nyanyi lah. Dan momen paling best, bila kitorang menang sketsa. Dan lecturer BBM puji kami semua. Berkat kerjasama kitorang yang bertungkus lumus untuk menang sketsa ni. Aku jadi lanun kau tahu, aku pun tak tahu kenapa aku jadi lanun. Ah lantak lah haha. Dan aku sayang kelas aku, sebab walaupun aku ni macam ni, diorang tetap support aku. Aku ni penakut nak cakap kat depan, tapi aku hyper bila dengan diorang. Aku tak tahu kenapa. So diorang selalu support. Sayang sangat ni! 

 ini masa first day class kami. 
 ini masa gotong royong.
 ini masa sketsa, hari kami.
kiri: ernie kanan: fafa
fafa & az.

dari kiri; az, shira, jieya, fafa, awan, ernie, farha

dari kiri; haq, az, fafa, ernie, acap, syark.
ernie, maya, farha.

dari kiri; fafa, mai, warfa, maya, ammy, farha, tyra
bawah; jieya.



 kiri: adry kanan: haq (class rap)
 ini masa class terakhir bersama puan iko.

konklusinya, kelas aku sangat gila bergambar. 

Kat U ni aku belajar macam macam. Belajar berdikari, belajar jadi rajin, belajar bangun pagi, belajar tabahkan diri, belajar menghadapi dugaan yang datang tiba tiba, belajar berkawan yang penting dan paling penting belajar hidup menjadi seorang pelajar. Aku ambil ini sebagai proses untuk mematangkan diri aku sendiri. Jauh dari ma ayah, keluarga. Banyak dugaan sebenarnya yang datang, aku pernah balik kuantan seminggu sebab sakit. Aku pernah pergi hospital Alor Gajah pukul 2 pagi sebab sakit tiba tiba. Ah macam macam lah. Dengan ujian sebegitu lah aku berjaya menguatkan diri sendiri. Dan tak lupa aku sentiasa ada migo yang selalu sangat support aku, dengar aku nangis, teman aku tidur malam malam sebab takut, hah aku lega. Allah beri aku orang orang yang baik, dan aku bersyukur. 


Aku ingin pesan pada bakal bakal lepasan spm yang mungkin tak dapat ipta,
Jangan kau ungkit yang kau sudah bertungkus lumus belajar, jangan kau beda bedakan pula diri kau dengan diri orang lain yang tak layak dpt ipta. Sebab rezeki kau, di tangan Allah. Cepat atau lambat, Dia akan beri. Tak perlu kau banggakan diri dengan result spm yang cemerlang itu, kau hanya perlu tawakal pada Dia sahaja. Sebab kau tahu, Dia punya plan paling terbaik sekali. Jadi bersyukurlah. 

Orang cakap masuk U ni senang, bayar pun tak banyak. Tak payah keluarkan duit banyak banyak. Kau silap, kami cuma diberi peluang untuk mohon biasiswa (itupun kalau layak) & ptptn sahaja. Dengar ini, aku dah hadap satu sem, dan ianya tak seperti kau jangkakan. Jadi dengan itu, mohon jangan jaja cerita yang tak betul, serta sila analisis sebelum anda judge. 

Assalamualaikum, moga Allah rahmati anda semua ;)

Langkah lain ke menara gading

Hah makin lama makin aku lupa yang aku ini punya blog. Kesian kamu, macam sarang tikus dah aku tengok. Kotor.

Assalamualaikum, anda semua. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tak tahu, yang aku ini siswi di UiTM London. Alhamdulillah, berkat doa ma ayah, family, dan kawan kawan. Aku sendiri pun tak sangka yang aku dapat masuk u haha. Haritu belek diari masa darjah 6,

Angan angan bila besar: Nak masuk U.

Tercapai. Kalau tak sebab kakteh dan abang adlan yg paksa aku apply upu tak mungkin kot aku dapat ni. Dah lah aku apply pukul 6 hari terakhir nak isi borang hahaha. Ros pun paksa aku. Pada akhirnya, aku dapat panggilan temuduga pengajian komunikasi dan media.

Ho mak aii neves tak ingat dunia. Aku mula buat research macam mana interview ni berjalan semua. Semua cam "kena speaking" "semua dalam english" aku pun mcm oh wow okay maybe i can do this or maybe tak. Abg adlan tolong aku buat preparation, kakteh pun sama. Bajim pun tolong, migo aku pun tolongg ramai gila tolong bagi ilmu bagi semangat thank you so much.

Lepas dari interview tu aku rasa cam, hah komfem aku tak dapat ni. Interviewers tu macam tak suka aku je hahaha. Memang pun, no i mean cara dorang cakap dgn aku tu, menakutkan. Aku suka fikir bukan bukan *ketuk kepala sendiri*

But then, lepas semua perasaan yg berputar belit tu, akhirnya aku dapat jua masuk U.

Alhamdulillah semua kat sini semua okay, semua. Cuma London kan sejuk sikit. Sejukkkkk sangaaaaaat. Bermandi peluh salji kat sini. Gelap semua gelap, habis. Hancur.

Aku pohon ampun dan doa dari kamu semua, harap semua dipermudahkan. Amin.. :)